Kempen Internet Selamat (Cybergrooming Atau Cinta)
16 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Cybergrooming atau cinta” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Sesi webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cara-cara untuk berinteraksi dengan amalan yang baik di media sosial. Topik Cyber grooming atau cinta siber ialah situasi di mana seseorang menggunakan internet atau media sosial untuk manipulasi, memujuk, dan membina hubungan kepercayaan terhadap individu lain terutamanya remaja dengan niat tersembunyi seperti eksploitasi seksual, penipuan, atau kawalan emosi. Peserta, diingatkan supaya berwaspada, tidak mudah mempercayai kenalan alam maya, serta sentiasa berkongsi dengan ibu bapa atau pihak berwajib jika berasa curiga terhadap hubungan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: